Perkembangan Remaja 13 August 2005 Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu dikelilingi oleh isu-isu seksual, iaitu keupayaan ...
Perkembangan Remaja
13 August 2005
Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu dikelilingi oleh isu-isu seksual, iaitu keupayaan mengalami ataupun melahirkan perasaan seks. Perubahan kematangan seks dan perubahan hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja. Zaman remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari suatu identiti seks peribadi. Pada peringkat usia ini remaja mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. Pada peringkat ini remaja memikirkan sama ada mereka mempunyai daya tarikan seks, adakah perkembangan mereka berterusan, adakah mereka akan dicintai oleh seseorang dan adakah normal apabila mereka melakukan hubungan seks. Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang mana hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan seksual mereka.
Kematangan Biologi
Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah. Ini sudah pasti memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah dia terlalu prihatin dengan keadaan tubuhnya. Dia sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja.
Tingkah Laku Heteroseksual
Remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang, terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan peratusan orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat; dan kadar pelajar perempuan yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar lelaki. Remaja perempuan belajar mengaitkan seks dengan cinta. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar lelaki. Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta.
Perkembangan Psikososial
Zaman remaja bukan sahaja suatu jangka masa yang dapat menggugat diri remaja tetapi juga keluarganya. Proses pembesaran dan usaha ke arah kematangan bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Dalam usaha menyatupadukan tuntutan biologi dan sosial (yang mungkin bertentangan), kekeliruan boleh terjana dalam kehidupan seorang remaja. Umpamanya dorongan syahwatnya wajib dikekang menurut ajaran agama serta norma-norma sosial.
Beberapa tugas yang dihadapi oleh para remaja dalam fasa ini adalah seperti berikut:
. Kebebasan Psikologi
Salah satu kejayaan alam remaja adalah kebebasan emosi. Ini berlaku melalui proses ‘individuasi’ yang berterusan. Ia adalah suatu jalinan khusus bagi seseorang dan merangkumi harapan, keinginan, sifat, keterampilan dan cara membela diri. Ramai remaja yang menghampiri fasa kebebasan dengan perasaan yang berbelah- bagi. Mereka menagih sikap berdikari dan menolak mereka yang selama ini menjadi tempat bergantung. Namun, pada masa yang sama, mereka merasa benci menggantikan suasana yang selamat dan tempat bergantung dengan fasa kebebasan. Sewajarnyalah mereka memerlukan suatu kesedaran bahawa mereka sedang menjadi bebas tetapi kebebasan ini tidak dirasakan terlalu cepat pula.
Pertarungan antara dorongan yang kuat bertentangan ini mewujudkan kekeliruan dan kebimbangan. Ini akan dimanifestasikan dalam kelakuan serta sikap yang tidak menentu. Suasana yang kurang stabil ini sering kali menyemarakkan lagi kerisauan bagi pihak ibu bapa. Ia boleh juga mencetuskan reaksi yang keterlaluan serta teragak-agak tidak jelas sehingga boleh membantutkan proses pembebasan diri daripada ‘tempurung’ ataupun ‘sarang’ ibu bapa. Selagi ibu bapa menganggap kelakuan remaja yang normal ini sebagai sikap memberontak, semakin sukarlah bagi mereka bersikap toleransi ke atas perlakuan itu. Remajalah nanti yang menjadi mangsa. Akibatnya, dia terus menghadapi kepayahan bagi mencapai kebebasan yang matang dan mengalami gangguan jiwa serta perasaan seolah-olah ibu bapa tidak menyukainya.
Bercakap mengenai kebebasan, ia tidak boleh disalahertikan sebagai suatu sikap melarikan diri daripada memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa. Ia adalah keadaan apabila remaja sudah mula berfikir dan bertindak sendirian.
. Perkembangan Heteroseksual
Perubahan hormon pada permulaan dan pertengahan zaman remaja menyebabkan pertumbuhan ciri-ciri seksual sekunder. Contohnya, perubahan suara dan kepejalan otot bagi remaja lelaki ataupun pertumbuhan buah dada serta lapisan lemak pada bahagian tertentu tubuh remaja wanita. Seiringan dengan perkembangan ini, remaja mula mengalami dorongan jantina yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Jika pada zaman kanak-kanak dia mudah menjuruskan perhatian kepada ibu bapanya, tapi kini beralih pula kepada rakan sebaya yang sejenis dengannya. Kasih sayang yang pernah diberikan kepada ibu bapa kini beralih kepada rakan rapat yang menjadi objek ‘cinta’nya. Perhubungan yang baru ini sering dikaitkan demi kepentingan diri sendiri. Selalunya remaja menyayangi rakan yang mempunyai sifat-sifat yang tidak ada pada dirinya sendiri. Peribadi ini akan disanjung serta disayangi dengan penuh perasaan. Jika tidak dikawal dengan nilai-nilai luhur, perasaan ini boleh menjadi keterlaluan.
Pengalaman homoseksual boleh menjadi salah satu daripada akibat sikap yang tidak seimbang. Kadang kala ini tidak disedari oleh kedua-dua remaja yang terlibat. Apabila disedari ciri-ciri homoseksual ini, remaja mungkin mendapat kejutan yang dapat menggugat perhubungan itu lantas mengundurkan diri. Dengan itu, berakhirlah suatu persahabatan yang mesra dan ini boleh mengakibatkan tekanan emosi yang sukar dirawat.
Zaman remaja juga fasa yang mana minat seksual semakin meningkat. Fantasi mula menerawang dalam alam pemikiran. Suasana ini mungkin diikuti dengan penerokaan seksual yang melibatkan pelanggaran ke atas norma masyarakat. Sering kali ia dikaitkan dengan sikap ingin tahu dan ini boleh mengakibatkan banyak masalah. Pada ketika itu remaja boleh menjadi keliru dalam membezakan antara cinta monyet dengan cinta sejati sementara dorongan seksual menjadi titian di antara kedua-duanya. Remaja akan menghabiskan lebih banyak masa dengan berhias supaya dia dapat diterima oleh kelompok yang bukan daripada jenisnya.
. Penguasaan Nilai Moral
Sebelum kanak-kanak mencapai usia remaja, sistem moral yang dianutinya ditiru bulat-bulat daripada ibu bapanya. Pada peringkat remaja pengaruh kelompok sebaya membawa suatu arus perubahan ke atas nilai serta pegangan hidup yang dianutinya selama ini. Proses ini dapat mendorong remaja mengubahsuai ataupun melupakan ajaran yang ditanamkan oleh ibu bapanya selama ini. Dia juga mula berani menokok tambah ataupun menyatupadukan nilai yang lama dengan yang baru dipelajarinya daripada persekitaran dan pergaulan. Jika sebelum ini ibu bapa dikagumi dan disanjung (kadang kala hingga ke tahap realistik), kini mereka diperkecil sehingga ke tahap yang rendah oleh remaja yang menganggap dirinya matang dengan idea, nilai serta pengalaman yang tinggi.
Kesemua ini mengundang kerisauan dan kebimbangan di kalangan para ibu bapa yang semakin lama merasakan anak mereka kian lucut daripada kuasa pengaruh mereka. Apabila suasana ini tidak dapat dikendalikan dengan bijaksana, pergeseran dan permasalahan akan memuncak di kalangan mereka.
Zaman pertengahan remaja bercirikan sikap yang tidak bertoleransi ke atas perkara-perkara yang samar. Dia tidak dapat menerima hakikat kehidupan yang mana terdapat adegan di atas pentas dunia ini yang kadang kala sukar dijelaskan dengan penerangan yang ringkas. Oleh kerana dia tidak dapat menunjukkan sikap toleransi, dia akan menjadi seorang yang kasar dan tidak bertimbang rasa. Dia lebih gemar mengamalkan pegangan moral yang mudah. Sikap ini juga akan membuatkan remaja menjadi tidak sabar dengan kelemahan ibu bapanya dan akan memencilkan dirinya daripada mereka.
. Pilihan Pendidikan
Apabila remaja menjangkau usia pertengahan ataupun penghujung keremajaannya, dia harus menentukan beberapa perkara penting dalam menentukan arah tujuan kehidupannya pada masa hadapan. Ini dipengaruhi oleh taraf pencapaiannya di sekolah dan tekanan ibu bapa serta nilai masyarakat. Kekeliruan dan konflik bakal tercetus jika sikap dan aspirasi ibu bapa bertentangan dengan apa yang dipegang oleh rakan sebayanya. Akhirnya, setiap langkah dipengaruhi oleh perasaan dan bukan ditentukan dengan pertimbangan pemikiran yang waras dan matang.
Budaya dan Agama
Bagi memahami imej remaja dalam kehidupan, penilaian penyelidikan moral remaja boleh dilakukan. Strategi dalam penyelidikan ini bertujuan mengetahui bagaimana remaja berfikir berhubung dilema moral. Antara soalan-soalan yang cuba dijawab adalah: Apakah pembangunan moral? Apakah bentuk pemikiran moral remaja? Bagaimanakah tingkah laku moral, perasaan moral, dan sikap mengutamakan kesenangan orang lain boleh berjaya? Adakah remaja sepatutnya dididik supaya bermoral, dan sekiranya ya, apakah pendidikan yang sesuai? Apakah bentuk nilai-nilai remaja dan apakah peranan agama dalam kehidupan mereka?
. Pembangunan Akhlak
Pembangunan moral mengambil kira peraturan-peraturan dan nilai-nilai mengenai apa yang perlu dilakukan oleh seorang individu sewaktu berinteraksi dengan orang lain di dalam persekitarannya. Kajian berhubung peraturan-peraturan dan nilai-nilai ini terbahagi kepada 3 buah bidang, iaitu bagaimana:
a. remaja memikirkan peraturan untuk berkelakuan baik
b. sebenarnya tingkah laku remaja dalam suasana bermoral
c. perasaan remaja ke atas perkara-perkara bermoral
. Piaget dan Teori Ketidaksamaan Kognitif
Berdasarkan pemerhatian dan temu ramah dengan kanak-kanak berusia 4-12 tahun, Piaget membuat kesimpulan kanak-kanak berfikir dalam 2 cara yang berbeza mengenai moral.
a. Moraliti Heteronomous (berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 4-7 tahun). Keadilan dan peraturan adalah hak milik dunia yang tidak dapat diubah dan tidak boleh dikawal oleh manusia.
b. Moraliti Autonomous (di kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke atas). Mereka sedar undang-undang dan peraturan adalah ciptaan manusia, jadi dalam mengadili sesuatu, seseorang individu perlu mengambil kira niat pelaku dan juga akibat daripada sesuatu yang dilakukannya.
. Akhlak Silang Budaya
Budaya adalah suatu sistem yang berbeza di seluruh dunia. Contohnya perbezaan budaya di antara kanak-kanak Amerika dengan kanak-kanak Hindu Brahman. Terdapat hanya sedikit persamaan sifat akhlak yang diambil kira dalam budaya kanak-kanak India dan Amerika. Bagi kanak-kanak Amerika sudah menjadi kebiasaan melihat akhlak sebagai suatu kontrak sosial yang bebas dipilih. Manakala bagi kanak-kanak India pula mereka tidak biasa dengan konsep akhlak dan suara batin yang mementingkan diri sendiri saja, disebabkan oleh pandangan hidup India yang berlainan.
. Agama dan Kultus
Dalam diri setiap remaja wujud nilai-nilai yang mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tindakan mereka seharian sesuatu perkara. Dua aspek nilai yang meningkat dalam kebanyakan remaja sekarang adalah kepuasan diri dan ekspresi diri. Agama adalah isu penting yang dikaitkan dengan golongan remaja. Ramai kanak-kanak dan remaja yang menunjukkan minat mereka ke atas agama. Kebanyakan institusi agama yang dibina adalah untuk diperkenalkan kepada remaja supaya mereka meneruskan tradisi keagamaan tersebut. Zaman remaja adalah suatu masa yang sesuai bagi pembangunan agama dalam diri seseorang individu. Kajian menunjukkan bahawa remaja yang tidak melibatkan diri dalam institusi keagamaan lebih mudah terlibat dalam kancah masalah sosial seperti kehamilan luar nikah.
Kultus adalah suatu kepercayaan pemujaan syaitan. Di Amerika Syarikat terdapat lebih 2,500 organisasi kultus dan sebanyak 2 hingga 3 juta remajanya adalah ahli kultus. Peningkatan pengikut kultus di kalangan remaja adalah disebabkan oleh organisasi keluarga dan agama yang lemah.
Masalah Perkembangan
. Perkembangan Berimbang
Kanak-kanak yang diasuh dalam keadaan yang tidak normal boleh menunjukkan kecelaruan pertumbuhan yang berlarutan dan membimbangkan. Tiga kumpulan kanak-kanak yang tidak normal ini perlu dibincangkan:
a. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang tidak pernah berpisah dengan mereka, tetapi kualiti keibubapaan tidak memuaskan dan tidak mencukupi. Kemesraan tidak wujud di antara ibu bapa dan anak. Kalau pun ada kualiti keibubapaan, pencapaiannya tidak tetap dan tidak berterusan. Akhirnya anak tidak dapat menjalin perhubungan yang rapat dengan watak keibubapaan. Ini mengakibatkan kegagalan bagi pihak anak membentuk perhubungan yang mesra dengan orang lain. Perhubungan pada masa hadapan selalunya bersifat mementingkan diri sendiri saja.
b. kanak-kanak yang tergolong dalam kumpulan kedua pula terdiri daripada mereka yang berjaya menjalinkan perhubungan yang sihat dan mesra dengan watak keibubapaannya (seperti ibu bapa ataupun orang dewasa yang diterimanya sebagai ibu bapa). Tetapi mereka dipisahkan daripada orang dewasa ini mungkin disebabkan oleh kematian ataupun perpisahan yang tidak dapat dielakkan. Kesan daripada perpisahan ini terlalu berat bagi kanak-kanak sehingga sukar menerima pengganti tempat dan peranan ibu bapa yang dapat memberikan kemesraan.
c. Kumpulan ketiga pula terdiri daripada kanak-kanak yang berada di bawah jagaan persatuan masyarakat sebagai pengasuh kanak-kanak yang tidak beribu bapa. Ini mungkin disebabkan oleh keruntuhan rumah tangga ataupun kematian ibu bapa. Biasanya kanak-kanak ini kerap kali terdedah kepada suasana kehilangan tempat bergantung dan bermesra. Kanak-kanak seperti ini akan menjadi remaja yang sukar mempercayai orang lain. Kesukaran yang dialami mereka dalam menjalin perhubungan yang sihat boleh mengakibatkan kekacauan personaliti yang bermasalah dalam masyarakat. Di samping itu, mereka juga boleh mengalami kekurangan keupayaan intelektual, emosional dan fizikal yang kronik.
Ternyata kanak-kanak seperti di atas lebih mudah merasakan dirinya terpisah dan tersisih daripada perhubungan yang mesra. Mereka juga mempunyai harga diri yang rendah. Tetapi terdapat juga sesetengah ibu bapa yang terlalu melindungi anak-anak mereka. Ini mengakibatkan masalah kepada perkembangan peribadi kanak-kanak. Anak-anak menjadi terlalu bergantung kepada mereka, mudah mengalah dan bertimbang rasa sepanjang usia remajanya, tanpa menunjukkan perlakuan jiwa yang resah. Walaupun suasana begini tidak begitu membebankan, namun ini boleh mengisyaratkan suatu perkembangan yang lembap. Remaja sendiri merasa kurang yakin ke atas kebolehan diri yang serba kekurangan itu. Di samping itu apabila berhadapan dengan cabaran serta kekecewaan, dia sukar meneruskan tanggungjawab kerana merasakan dirinya serba kekurangan. Apabila ini berlaku, psikoterapi atau rawatan jiwa diperlukan.
. Tingkah Laku Keterlaluan
Kesemua remaja akan mengalami buaian perasaan atau mood. Cuma kadar dan parasnya sahaja yang berlainan di antara seorang remaja dengan remaja yang lain. Ini boleh berlaku dengan hebatnya apabila tercetus pertarungan dalam jiwa di antara keperluan yang ingin dijaga dan memberi perhatian dengan dorongan bagi mencapai kebebasan serta mengawal diri sendiri. Satu lagi contoh adalah pengalaman serta pernyataan minat seksual yang normal yang terpaksa dibendung dengan sifat-sifat zuhud. Ada juga remaja yang gagal bertahan lama lantas melepaskan nafsu syahwat yang terkekang dengan mengamalkan seks bebas. Apa yang dapat di perhatikan dalam kesemua kes ini adalah suasana-suasana kawalan yang keterlaluan dan berselang-seli pula dengan fasa-fasa kegelojohan yang tidak kurang hebatnya.
. Perhubungan Ibu Bapa
Zaman remaja sering membangkitkan kembali perasaan serta konflik yang tidak pernah beres dalam diri ibu bapa. Bila ini berlaku, mereka pula yang menunjukkan reaksi dan kelakuan yang keterlaluan, mendadak, tidak kekal dan aneh. Tekanan yang boleh berlaku kepada jiwa ibu bapa kerap berlaku dalam tiga bidang yang penting:
. Seksual
Biasanya hubungan seks remaja bermula daripada cumbuan diikuti dengan belaian. Kemudian diakhiri dengan hubungan seks ataupun dalam sesetengah kes, seks oral yang meningkat dengan banyaknya di kalangan remaja. Dalam satu kajian, didapati cumbuan dan belaian berlaku terlebih dahulu sebelum berlakunya hubungan seks di kalangan remaja.
Perkembangan serta perlakuan seksual yang berlaku pada diri remaja dapat menyemarakkan lagi sikap serta perasaan seksual yang kuat di kalangan ibu bapa. Segala yang terpendam selama ini boleh dirangsang kembali. Sesetengah ibu bapa menunjukkan respons yang keras dan ketat sementara sesetengah lagi bertindak secara permisif dan keterlaluan. Situasi ini menyebabkan remaja menurut sahaja kemahuan ibu bapa bagi mengelakkan konfrontasi, ataupun terus bersemuka dengan mereka lalu melarikan diri daripada ibu bapa yang bertentangan kefahaman dengannya. Ada pula ibu bapa yang merasa terancam dengan kesedaran seksual anak-anak mereka. Mereka bertindak dengan memperbaharui minat pada seks mereka sendiri. Mereka menilai kembali penglibatan seks mereka dan sejauh mana mereka berupaya menarik minat pasangan mereka.
. Kuasa
Adalah wajar bagi ibu bapa untuk mengendurkan kuasa mereka secara bertahap-tahap ke atas diri remaja bagi membolehkannya menangani autonomi dan kebebasan diri yang semakin besar. Sesetengah ibu bapa mempunyai personaliti yang agresif atau antisosial (sentiasa bermasalah dengan masyarakat). Mereka ini mudah merasa terancam dengan perangai anak-anak mereka yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Akhirnya, ibu bapa mungkin menjadi keras dan kasar ke atas anak-anak ataupun terus meninggalkan tanggungjawab jika mereka dilumpuhkan dengan perasaan ketidaktentuan. Tindakan mereka ini dilihat sebagai memperkecil ataupun menghina anak-anak mereka. Ini sering kali menemui kegagalan dan tidak berkesan kerana selama ini perhubungan antara kedua-dua pihak tidak kukuh dan sihat.
Dalam fenomena ini, remaja memang sentiasa sensitif ke atas kerisauan serta sikap tidak kekal ibu bapanya, malahan dalam keadaan yang biasa pun, dia mempunyai perasaan yang serba salah ke atas kuasa ibu bapa.
. Nilai
Pegangan serta pandangan remaja boleh mengundang kebimbangan, kritikan serta sungutan daripada pihak ibu bapa. Lebih-lebih lagi apabila ibu bapa sendiri tidak jelas dan teragak-agak apabila berhadapan dengan prinsip kehidupan yang mula dipersoalkan oleh anak-anak mereka.
Pertentangan ke atas nilai yang dianuti oleh ibu bapa bukan sahaja boleh menyebabkan remaja tersisih daripada keluarganya tetapi juga boleh menimbulkan rasa bersalah dan kekurangan bagi kedua-dua pihak, iaitu remaja dan juga ibu bapanya. Pertentangan daripada pihak ibu bapa boleh melibatkan perdebatan berhubung isu pakaian, rakan-rakan, minat dalam kehidupan dan pegangan hidup para remaja. Namun demikian, terdapat juga ibu bapa yang terlalu melibatkan diri dalam hidup anak remaja mereka dengan niat menjalinkan kemesraan. Cara ini adalah pendekatan yang silap dan mengakibatkan remaja kehilangan watak authoritative yang dapat menyanggah dan membetulkan kesalahannya serta mengiktiraf dan memberi ganjaran kepadanya pada masa-masa sesuai.
Perhubungan Masyarakat
Masyarakat moden mempunyai ciri-cirinya tertentu dan tidak lari daripada dipengaruhi oleh nilai sekular kehidupan Barat yang ternyata meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri insan. Pakar jiwa Barat sendiri mengakui manusia moden semakin terpencil daripada masyarakat dan hanya menyanjung tinggi perubahan teknologi. Perubahan dunia yang pesat dan sukar dijangka ini menyebabkan perencanaan kehidupan zaman dewasa semakin rumit. Terlalu banyak nilai luhur tradisional yang menjadi asas bagi organisasi sesebuah masyarakat kini menerima serangan yang bertubi-tubi daripada remaja yang memandang rendah dan sinis nilai-nilai yang semakin rapuh ini. Antara nilai-nilai yang semakin terancam itu adalah panduan akhlak dan etika dalam kerja, kejayaan kebendaan, persaingan dalam kehidupan, keunggulan undang-undang, konsep peranan jantina, akhlak kemasyarakatan serta kepercayaan keagamaan.